Archive for March, 2006

… hello there …

Tuesday, March 21st, 2006

hi all… how do you do, guys? it seem like a long long time this blacky blog being sooo quite. i’m ok, but then jarang masuk ofis lately ni. what to tell hah? errmmm i am so fine. thanks to my dearest lovely husband a.k.a myKiNg because always be by my side. mmmuuaaahhhsss… last weekend we went back to my hometown, miss my mommy so very much and the whole family. best jugak sesekali balik ni kan… macam puteri je layanan nye. ahaaksss!!! nothing much to tell about the trip. but it is a great weekend jugak la even i am so very tired.

hah, i’ll write something about shukry. the one yg kejar peragut tu.. alhamdulillah, shukry dah sedar and dah discharged pun from hospital selayang on last saturday. skrg dia stay kat umah sis dia, mak dia jaga dia, in addition sis dia pun tgh berpantang sbb dah 30hari give a birth of baby daniel. shukry ok, masih macam dulu.. byk bercakp and happy. yesterday me and myKiNg went to visit him kat umah kakak dia.. he was so very happy to see us. but then.. masa on the way kitorg balik after visit tu.. we make a conclusion, shukry not 100% recovered. memandangkan ada jugak ckp2 dia yg merepek2… brain dia mungkin ada lagi yg short. tapi dia akan buat treatment and follow up kat hospital and kitorg tgh carikan specialist otak utk dia. hope he will be fine. keep praying for him.

else? nothing for the timing… i’ll write something nanti ek.. to all.. take care!

… a story about [ s h u k r y ] …

Wednesday, March 8th, 2006

Edisi KL : Pensyarah koma kerana peragut

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

SELAYANG: “Saya hanya mampu mengajar tunang mengucap ketika dia meraung kesakitan,” kata Mazlimah Lakim, 26, yang cedera akibat terbabas ketika mengejar peragut beg tangannya di Jalan Desa Jaya, dekat sini, petang kelmarin.
Tunangnya, Mohd Shukri Mohd Taib, 29, koma kerana cedera parah di kepala dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang (HS).
Menceritakan kejadian itu, Mazlimah yang juga seorang pengurus sebuah syarikat hartanah, berkata dia bersama Mohd Shukri dalam perjalanan ke rumah kakaknya untuk menghantar mihun sup pada jam 6.50 petang.
“Kami kemudian diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha RXZ. Dia tiba-tiba meragut beg tangan yang diletakkan di hadapan saya.
“Melihat kejadian itu, Mohd Shukri memecut mengejar suspek walaupun jalan sesak. Ini menyebabkan peragut itu merempuh sebuah kenderaan di hadapan.
“Kami gagal mengelak terlanggar motosikal suspek dan terpelanting,” katanya yang berasal dari Sabah.
Kejadian berlaku terlalu pantas dan sebaik sedar dia berada di tepi jalan manakala tunangnya meraung kesakitan.
Dia segera mengajar Mohd Shukri mengucap sebelum mangsa tidak sedarkan diri.
Mazlimah kini hanya mampu mendoakan supaya tunangnya, seorang pensyarah kolej swasta, cepat sembuh.
Pasangan itu bercadang melangsungkan perkahwinan tahun depan selepas dua tahun bertunang.
Mazlimah berkata, dia berkenalan dengan Mohd Shukri ketika mereka menuntut di kolej berkenaan lima tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahya Udin, berkata peragut yang berusia 23 tahun itu berjaya ditahan orang ramai selepas dia terjatuh dari motosikal.
Katanya, suspek hanya mengalami cedera ringan dengan beberapa kesan calar di tubuhnya.
Siasatan polis mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah bersabit kes pecah rumah.
“Kita percaya suspek mengekori mangsa sebelum meragut beg tangan yang mempunyai wang tunai RM400 yang diletakkan di antara penunggang dan pembonceng.
“Mohd Shukri mengalami pendarahan di kepala dan berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang manakala Mazlimah cedera di pinggang,” katanya selepas melawat mangsa di Hospital Selayang, petang semalam.
Polis menjalankan siasatan kes itu mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana meragut.
Yahya berkata, statistik kes ragut di Selangor mencatatkan penurunan sejak 2001 sebanyak 4,149 kes, manakala 2004, 2,858 kes.
“Pada 2005, 2,194 kes dilaporkan sekali gus mencatatkan penurunan mengikut indeks jenayah ragut bagi Selangor,” katanya. 

- Harian Metro, Rabu, March 08, 2006. http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20060308081455/Article/indexm_html -

petikan di atas adalah berita tentang shukry. you guys also boleh dptkan utusan malaysia, juga berita harian, rabu, 8 march 2006 untuk mengetahui berita selanjutnya. here, today i just wanna write something about this guy. i dont know him well and i dont even know kenapa ana seolah2 terpanggil to write something about him.

shukry, he is one of the lecturer in well known ipta in kl. he is also best friend of myKiNg. i knew him since i’m studied in the same college where he worked. first time i saw him, he looked so cool, naughty with his sense of humour attitude. he always come out and create a lot of jokes to make peloples araound him laugh.

shukry from my memory and my point of view. i’ve started knowing him in the very chronic situation. we have a fight (perang mulut, debates etc) but it is so fun memandangkan i am the one yg suka melawan when someone try to debate with me. and he is the one besides myKiNg yg suka debate with me. peoples around us sgt2 faham situasi when cik na meet shukry and shukry nampak muka cik na. we will fight. for whatever reason pun, it seem like dia pantang tgk ana, ana pantang tgk dia. ada je mende nak bertekak. pastu gelak kuat2. for me, that is so fun. takramai org yg selambe macam dia and as i know takramai jugak yg berani bertekak dgn dia sbb dia seorg yg panas baran. but me? arghhh back off. camana kitorg bertekak pun, never keep it in heart.

monday, late night after dpt berita dia, me and myKiNg bergegas ke emergency room, selayang hospital. i cant wait to see him. i dont even know why but i am to brave to see his condition. actually, i can feel that he is a part of myKiNg and he is a part of us. after i ask the receptionist or a clerk at the counter, i just go to see as soon as i can, tapi alahaiii… myKiNg still outside the emergency room. kena patah balik le cik na, sbb myKiNg tertinggal lak. sampai je kat tempat shukry, i feel damn touching. i can feel the pain inside him. but i know he is so strong to survive. for the first time, cik na meet shukry, shukry meet cik na, keadaan sekeliling sunyi sepi. before this, cik na and shukry pantang bertemu muka. i am so sad for him.

i spent every masa lawatan utk visit shukry kat ICU. last sekali, ptg semlm i went there, dia ada menunjukkan improvement dr segi respond dgn persekitaran dia. but then, visitors are not allowed to talk or touch him, takut dia terkejut and takpasal2 akan effect lagi kat kepala dia.

it is so pain tgk dia. kita takkan nampak sakit yg dia tanggung sbb kecederaan luaran dia takde la seteruk kesakitan kat kepala dia. every time i went there, i met his mom or kalau berkesempatan i will meet nurse yg incharge case dia and i will ask about his condition. i dont care what they will say, but i try to give moral support to him and his family.

i cant continue.. to all. i beg, please pray fo him and keep praying. hope and wish he will recover as soon as possible. thanks.